Tuesday 6 December 2011

SOALAN DARI ASTRO

Murid-murid boleh cuba membuat soalan-soalan dari TV ASTRO dengan klik link KUIZ.

Monday 5 December 2011

PENJODOH BILANGAN

¨ Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.



Enam Papan Coklat


Empat Papan Petai.




Sepapan Mercun



KATA NAMA

Kata nama merupakan kata merujuk kepada orang, binatang,dan tempat.

¨ Kata Nama Am
¨ Kata Nama Khas


Kata Nama Am
Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebutsesuatu secara am atau umum.

¨ Orang
Ayah, kakak, guru, kerani, doctor, budak lelaki, murid, perempuan, lelaki, nelayan.

¨ Binatang
Lembu, ayam, burung, arnab, ikan,kuda, gajah, ikan.

¨ Tempat
Negeri,bandar, kampong,tasik, taman, kelas, tandas, rumah, pulau.

¨ Benda
Kereta, buku, kasut, meja, pembaris, buku, pen, radio, kerusi.


Kata Nama Khas
Þ Perkataan nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Þ Orang

Þ Encik Lee, Puan Tan, Cik Sandy, Cikgu Marina,Pak cik Ahmad, Mak Cik Nani, Doktor Zainal, Ali, Siti, Ah Meng, Pei Ling.


Þ Binatang
Þ Si Tompok, Lembu Sapi, Ayam Belanda, Burung Murai, Si belang, Si Hitam, Katak Puru.

Þ Tempat
Þ Perlis, Ipoh, Kampong Setia, tasik Perdana, Malaysia, Pekan Muara, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor.

Þ Benda 
Þ        Proton Saga, Kasut Adidas, Toyota, Honda,Canon, Sony, Pilot (pen), Seiko (jam).